Wednesday, June 26, 2019

Pengalaman Temuduga: Jawatan Pensyarah IPTS

Alhamdulillah, sudah hampir 4 tahun aku bekerja sebagai penysarah. Ya. Newbie lagi. Banyak benda lagi yang harus dipelajari sebagai seorang akademia. Di sini aku bukan nak berkongsi pengalaman kerja sebagai pensyarah memandangkan aku ni baru lagi dalam bidang ni. Tak layak rasanya nak bercerita. Cuma kali ini, aku nak bercerita pengalaman semasa temuduga untuk memohon jawatan kosong sebagai pensyarah di sebuah IPTS. Bagi yang mengenali aku, atau pernah baca cerita pengalaman aku temuduga Guru MARA, dia tau la aku kini di IPTA mana. Dah lama nak kongsi pengalaman ni. Lagipun aku dah janji di entri yang lalu pada 2016 lagi nak kongsi pengalaman ni. Tapi tak sempat. Harini rasa macam free sikit. Jadi, ayuh mulakan.

Image result for interview
Source: careerbuilder.com

Temuduga di Sebuah IPTS

1. Sebelum aku di panggil untuk ditemuduga untuk jawatan pensyarah di IPTA ni, aku pernah menghadiri temuduga di sebuah universiti (kolej) swasta di Negeri Sembilan (2014). Dari situ aku belajar satu perkara penting. Sebenarnya, aku terima tawaran itu melalui jobstreet. Dan aku saja ja nak pi interview untuk ambil pengalaman.

2. Semasa temuduga di kolej swasta tu, aku sorang saja calon. Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan Pensyarah Matematik. Suasana di kolej itu lain macam sikit. Kebanyakan pelajar di situ adalah pelajar antarabangsa yang berkulit hitam. Mungkin dari Afrika. Pelajar tempatan sangat boleh dikira. Ini adalah melalui observation aku masa menunggu sebelum masuk temuduga la.
Related image
Source: 123rf

3. Selepas 10-15 minit menunggu, aku dipanggil masuk ke bilik mesyuarat untuk sesi temuduga. Hanya dua orang saja panel. Seorang dari HR dan lagi seorang ialah Ketua Jabatan Matematik. Agak santai sesi interview ni. Tanpa membuang masa, mereka minta aku kenalkan diri. Tiada masalah di situ kerana telah praktis berkali-kali. Kemudian, Ketua Jabatan (KJ) itu minta aku buat mock teaching. Hanya disediakan white board. Tidak perlu powerpoint presentation katanya.

4. Dengan yakinnya aku mengambil sebatang marker biru untuk mula mengajar. Basic Integration ialah topik pilihanku. Aku mulakan dengan simple examples dan sedikit explaination. Sedang seronok mengajar, aku dicelah oleh KJ tersebut dan beliau meminta aku mengajar topik yang lebih advance iaitu multiple integral. Aku mana study yang advance macam tu dan agak lama juga aku dah tinggal benda tu. Apa lagi. Tercengang juga aku. Tapi aku cuba maintain cool dan cuba recall balik apa yang aku ingat masa aku study zaman degree dulu. Dengan tengah gubra dan tak ingat, aku rasa aku dah pandai-pandai buat method sendiri kat situ. Hahaha. Perkara penting yang dapat aku belajar di sini ialah study dulu sebelum interview. Nak minta jawatan pensyarah, jangan la ajar topik SPM saja masa mock teaching.

5. Setelah lencun di kencing oleh aku, KJ tersebut minta aku berhenti mengajar, dan ucapkan terima kasih. Seperti biasa, sebelum tamatkan temuduga, aku akan cuba bertanya soalan menunjukkan minat terhadapa jawatan itu. Soalan aku ialah "What are the job scopes?" and "When can i expect your call to know if I got this job?".

6. Sampai sekarang (2019) aku tak dapat call balik pun. Tak dapat la tu kan? Hahhaha

Asalnya, entri ni aku nak cerita pasal pengalaman temuduga pensyarah di IPTA. Tapi bila muqadimah pasal pengalaman temuduga di IPTS ni panjang sangat, aku rasa aku stop sini dulu la. Next entri aku cerita pasal temuduga di IPTA pula.

2 comments:

  1. baca awak punya pengalaman cikgu mara tu. Curious, sekarang kerja jadi cikgu Mara ke? Cari entry sambungan cikgu mara tak jumpa ><

    ReplyDelete
  2. lps tu macamana dgn iv ipta plak?

    ReplyDelete