Friday, December 23, 2016

Shopping online dapat rebate

Zalora, Lazada, Groupon, Foodpanda, Expedia, Agoda, Booking.com dan macam-macam lagi lah. Mesti hampa pernah dan selalu shopping online dekat laman-laman web semua ni kan? Beli tudung, baju, ramen, lampin, booking hotel dan top-up pon kita dah boleh online sekarang ni.



Kenapa hampa suka shopping online? Semestinya sebab murah dan jimat.

Tahu tak, yang kalau shopping kat laman-laman web kat atas semua ni, bukan sahaja kita dapat bayar murah. Tapi dapat rebate lagi. Jadinya, macam kita pi shopping, dapat discount dua kali.

Okay. Memang la rebate tu bukan discount. Tapi hampa paham la maksud aku kan? Dah orang bagi rebate. Bagi duit balik kat kita. Ambik ja lah kan? Sapa nak bagi balik saja-saja duit kat kita lepas shopping. Tak payah nak nego-nego dah. Terus dapat masuk akaun.

Macam mana nak dapatkan rebate setiap kali shopping online? Mudah saja.

  1. Daftar saja kat laman web Shopback. (Klik link sini)
  2. Lepas daftar, melalui laman web shopback, klik mana-mana laman web yang kita nak shopping. Contohnya, Lazada
  3. Shopping macam biasa ja kat Lazada.
  4. Bayar pun macam biasa.
  5. Jumlah rebate anda akan secara automatik dimasukkan ke dalam akaun Shopback anda.
Mudah kan?

Tunggu apa lagi? Pi daftar sekarang!!

Oh, ya. Kalau kita beli top-up kat kedai RM10, kita dapat RM10 saja kan? Kalau guna shopback, kita dapat RM10 dan juga rebate 10% cashback. Untung laa..

INGAT! Mesti melalui laman web www.shopback.my dulu.

Selamat ber-shopping!

Friday, December 16, 2016

Pengalaman Aku Semasa Temuduga Guru MARA

Aku nak cerita pengalaman temuduga akademia ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin ada persamaan temuduga guru dan pensyarah ni. Tapi ada juga perbezaan. Dan pengalaman aku temuduga untuk posisi guru mungkin tak sama dengan guru-guru lain sebab aku punya temuduga ni adalah sebagai Guru MARA. Manakala temuduga pensyarah pula, aku ditemuduga sebagai pensyarah UiTM. Temuduga tenaga akademik aku rasa sama ja kot mana-mana universiti pun.

Sumber gambar: The Huffington Post


Aku pun tak tau nak mula dari mana. Kali ni, aku cerita pengalaman temuduga Guru MARA dulu saja lah. Next entry, aku cerita pasal temuduga pensyarah pula.

Pengalaman Temuduga Jawatan Sebagai Guru (Guru MARA).

Aku hadir temuduga ni dah lama. Lepas aku habis study master dulu. Awal tahun 2015 tak silap. Jadi, yang mana aku ingat tu, aku tulis la. Mula-mula nak mohon jawatan ni, macam biasa la. Aku jumpa iklan yang banyak sangat orang share di facebook dan di whatsapp. Aku tau memang ramai gila orang yang akan mohon sebab iklan tu dah viral. Dan aku tau peluang tu akan tipis. Tapi aku percaya pada rezeki. Sekurang-kurangnya aku usaha kan. Jadi, aku pun buka la laman web MARA untuk isi. Banyak juga details yang dia minta. Sabar ja aku isi. Lepas dah isi semua, tunggu lah berbulan-bulan aku dapat SMS yang mengatakan aku berjaya dan dipanggil untuk ditemuduga. Dia kata dalam email tu kena pakai pakaian sukan siap-siap. Pukul 7.30 dah kena stand by kat ILKM Jawi. Kalau nak temuduga ni, masa sangat penting. Jadi, aku check in nearest Hotel situ awal sehari supaya esok pagi tu aku dapat sampai ILKM awal. 

Bahagian temuduga ni yang agak takut sikit. Ada 4 peringkat temuduga ni. Semua dibuat dalam masa satu hari.
  1. Psycometric Test
  2. Fitness Test
  3. Mock Teaching
  4. Group Interview
1. Psycometric Test ni agak psyco jugak la bagi aku. Dia bagi 40 minit tak silap. Lepas 15 minit dah ada yang dah siap. Lepas 20 minit makin ramai yang dah siap. Yang aku ni duk terkedek-kedek lagi menjawab. Lepas aku selesai menjawab, dia akan bagitau terus markah kita. Aku tak ingat markah aku. Tapi dari yang aku tengok tu agak rendah jugak la.Lepas nampak ja markah tu, aku dah lemah semangat. Aku rasa macam nak balik terus ja.Tapi, aku masih waras lagi. Dah habis duit banyak-banyak mai sini, takkan nak balik macam tu saja kan. Aku gerak ke ujian seterusnya.

2. Fitness Test ni aku tak takut sangat sebab sejak dapat tawaran ke temuduga ni, aku dah pi jogging tiap-tiap pagi.Untuk test ni, dia buat Beep Test saja. Kalau nak tau Beep Test tu apa, tengok kat youtube. Masa aku sampai kat padang tu, aku tengok dulu group yang sebelum tu buat. Aku dah tau la macam mana nak buat nanti. Sebab tu first time aku tengok Beep Test. Aku confident. Rupa-rupanya, beep test ni bukan semudah yang aku sangka. Penat gila nak mati. Aku berjaya sampai level 4. Tu pun aku dah push habis-habis diri aku sampai tahap tu. Kalau tak, awal lagi aku dah berhenti. Lepas aku berhenti tu, memang penat sangat rasa. Rasa nak pitam. Aku rehat lama gila. Nak jalan pun dah tak larat. Belakang aku rasa sakit. Sampai lah group perempuan pulak mai nak buat, aku masih tak larat lagi. Tapi rasa malu la pulak duduk situ lama-lama. Aku pun paksa la berjalan ke tempat lain. Aku cari kerusi kat satu pondok tu untuk duduk. Sekali lagi aku rasa macam nak putus asa. Nasib baik aku tak balik. Memang bodoh kalau aku balik masa tu sebab dah penat-penat buat semua tu. 

3. Dah penat berlari, aku pi makan dulu kat kafe. Aku tak lepak lama, sebab aku ada dua stage lagi. Dia ikut First Come First Serve basis. So aku kena gerak cepat dan kena pandai susun masa. Target aku, sebelum tengah hari dah selesai semua. Bila peluh dah kering, aku pi ambil baju kemeja dan seluar dalam kereta untuk salin. Aku salin dalam tandas. Tak mandi pun. Peduli lah. Semua orang pun sama ja. Aku calit-calit sikit deodoren, picit perfume sikit, sudah. Masa tengah salin baju ni aku sembang dengan sorang ni. Nama dia Shahir. Bila dah siap salin semua, kami pun pi la ke tempat Mock Teaching. Masa tengah tunggu mock teaching ni la aku sembang-sembang dengan calon-calon lain. Memang yang dapat temuduga hari tu, semua calon untuk Guru Matematik. Macam-macam style boleh tengok. Ada yang bawa props guna kertas mahjong, manila kad, macam-macam la. Aku yang first time interview ni, tak bawa apa pun. Melenggang saja. Siap ada yang tanya aku, Lesson Plan buat apa. Aku tanya dia balik, Lesson Plan tu apa. Aku memang takda background in education. Kalau yang dah ada Diploma in Education tu memang tau lah. Sampai giliran aku, aku pun masuk la dalam kelas tu. Ada dua orang penilai. Aku bagi salam, perkenalkan diri dan terus mengajar. Masa aku tengah mengajar tu, aku rasa seronok sangat. Muka depa fokus dah macam depa jadi student aku. Lagi aku suka. Aku layan depa pun macam student aku sendiri saja. Hilang terus rasa takut semua tu. Lain entry, aku cerita detail pasal mock teaching ni. Banyak juga aku nak cerita.

4. Bila dah selesai mock teaching, tunggu pula giliran untuk group interview. Masa tu dah dekat pukul 1. Bila sampai giliran group kami saja, sesi untuk pagi tu dah tamat. REHAT. Terpaksa la aku tunggu 2.30 pula. Lepas zohor, aku terus tunggu balik kat depan bilik interview tu. Satu group, 5 orang. Masa tu dah pukul 2. Kebetulan kami dah cukup 5 orang yang menunggu, interviewer tu jemput kami masuk untuk mula interview. Jimat 30 minit kami menunggu. Group interview ni macam biasa lah. Perkenalkan diri dan bagi sebab kenapa nak jadi Guru MARA. Dia ada tanya juga pasal latar belakang MARA. Nasib baik kami dah study masa tunggu giliran kat luar tadi. Pastu dia tanya antara kami berlima, siapa yang merokok. Semua jawab tak. Bagus. Aku memang tak merokok. Tapi aku tau ada yang antara merokok sebab aku lepak sekali. Interviewer tu tanya pulak kenapa tak merokok. Semua pandai-pandai la jawab. Ada banyak lagi soalan, tapi aku tak ingat. Bahasa yang kami guna campur-campur. Bila ditanya dalam bahasa Melayu, jawab dalam Melayu la. Bila dia tanya dalam English, jawab English la. Bila dah habis dia tanya sorang-sorang, dia suruh buat forum pulak. Dia minta sorang volunteer untuk jadi moderator. Bila dah takda yang volunteer, aku pun volunteer diri sendiri. Jadi moderator lagi senang. Tak payah nak fikir poin-poin untuk nak menjawab nanti. Cuma tanya soalan saja kat calon-calon lain. Tapi jadi moderator kena pandai la tolong orang lain yang taktau nak cakap apa. Back up dia. Memang dalam interview tu, semua macam musuh kita sebab kita semua fight untuk jawatan yang sama. Tapi kalau niat kita bantu orang, InsyaAllah Allah tolong kita balik. Aku tak ingat tajuk forum tu pasal apa. Pasal gejala dikalangan pelajar sekolah tak silap aku. Bila dah habis semua, interviewer open kepada kami untuk tanya apa-apa soalan. Kat sini penting. Jangan kata tak ada. Tanya ja apa-apa pun soalan yang dapat menunjukkan kita memang betul-betul minat untuk berkerja sebagai Guru MARA. Aku tak ingat dah aku tanya apa. Aku tanya berapa lama nak dapat tau keputusan kot. Sejak lepas tu, mana-mana aku pi interview pun, memang soalan tu ja aku tanya. Selesai 4 stage pada pukul 2.30 petang. Setengah jam juga kami interview dalam tu. Gelak-gelak pun ada. Enjoy. 

Sebelum balik, aku lepak dengan Shahir. Sembang-sembang, tukar-tukar nombor telefon. Sampai sekarang ni aku simpan lagi nombor dia. Sejak lepas tu interview tu dia selalu juga tanya aku apa-apa update pasal interview tu. 

3 bulan lepas tu, aku dapat SMS kata aku BERJAYA dipilih sebagai Guru MARA. Aku taktau nak rasa happy ke tak masa tu sebab dua hari sebelum tu, aku dapat panggilan temuduga sebagai Pensyarah UiTM. Cerita temuduga pensyarah tu, nanti aku cerita lain.

Dah cukup panjang aku menulis ni. Kalau hampa yang tengah baca ni sebab nak pi interview cikgu tu, aku ucapkan semoga berjaya. Just be prepared and make sure the subject you going to teach, you know everything from A to Z. 

Thursday, December 15, 2016

Rumah PR1MA

Sumber gambar: PR1MA

Harini, hari yang dinanti-nanti untuk aku beli rumah pertama telah tiba. Sebelum ni, aku dah apply untuk Rumah PR1MA. Untuk apply ni, kena isi online, and upload beberapa dokumen yang dia minta. Lepas berbulan-bulan aku tunggu, minggu lepas aku dapat email yang kata aku boleh buat pemilihan untuk pembelian Rumah PR1MA. Sebenarnya, ni email kedua yang aku dapat. Email yang pertama aku dapat dulu, mungkin sebab aku lambat reply, jadi aku tak dipanggil untuk ke tempat pembelian.

Apa yang aku nak cerita kat sini adalah flow masa hari pembelian tadi. Kalau ikut surat jemputan dalam email tu, dia kata pendaftaran mula pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00. Tapi pagi tadi aku sampai pukul 8.45 pagi, tu pun orang dah ramai. Sampai-sampai saja, aku cari staf depa orang yang pakai tshirt PR1MA warna hitam untuk dapatkan nombor giliran. Aku dapat nombor 40. Lepas tu beratur kat kaunter pendaftaran, dia minta surat jemputan yang dari email tu. So, surat tu memang kena print.

Lepas daftar, aku pun masuk la ke dalam dewan untuk tunggu giliran. Bila giliran aku sampai, disebabkan aku tak bawa Report CCRIS yang boleh didapati dari Bank Negara secara percuma, jadi aku kena bayar RM 10 untuk dapatkan report tersebut dari kaunter 11 iaitu kaunter RAMC. Cuma bagi kad pengenalan dan cap jari, kita akan dapat report tu. Lepas dapat report, aku tunggu giliran pula untuk check Loan Eligibility dari bank-bank panel yang disediakan. Ada beberapa kaunter bank panel di situ. Kita boleh pi survey kat semua kaunter untuk buat perbandingan untuk dapatkan kadar faedah(keuntungan) yang terendah. Secara purata boleh dikatakan rate yang depa dalam 4.45%. Tak lupa juga, kita boleh buat pinjaman sehingga 110%. Dokumen yang diminta ada Slip Gaji dan Report CCRIS.

Lepas selesai cek Loan, aku diberi nombor giliran baru untuk ke stage kedua. Stage kedua ni dimana aku berurusan dengan pegawai PR1MA untuk memilih rumah mana yang aku nak beli. Kat sini, depa minta salinan IC dua keping dan slip gaji 3 bulan terkini. Sebelum tu, aku dah survey dengan pegawai PR1MA yang lain yang jaga kat booth model rumah tu. Aku tanya rumah mana yang masih available dan harganya sekali. Jadi, aku senaraikan lot-lot rumah yang aku berkenan sebagai pilihan. Kebetulan, pilihan pertama aku dalam senarai itu masih available. Rumah tu depan surau. Harapnya, kerap la aku pi surau lepas ni.

Lepas tandangan beberapa borang, aku dibawa pula untuk berurusan dengan peguam. Kat sini, aku tanya macam-macam soalan kat kakak-kakak tu sebab aku pun agak blur jugak masa tu. Lepas turunkan tandatangan, selesai.

Sebenarnya, tak selesai lagi. Sekarang ni aku kena tunggu dari pihak bank dulu untuk luluskan permohonan pinjaman aku. Kalau lulus nanti, aku kena pi jumpa balik akak-akak lawyer tadi tu untuk langkah seterusnya. Bila loan dah approved, kena mula bayar ansuran bulanan walaupun rumah tak dapat kunci lagi. Ini kata banker tadi tu la.

Nasihat aku kepada hampa yang dapat juga tawaran ni, bawa slip gaji 3 bulan yang terkini banyak-banyak sikit. Fotostat siap-siap lebih daripada 3 copy supaya senang nanti nak apply loan dengan banyak-banyak bank kat situ nanti.

Aku doakan kalau rumah tu adalah rumah yang terbaik untuk aku, harapnya aku dapat la. Kalau tak dapat tu, mungkin ada rumah lain yang lagi baik dari rumah PR1MA tu. Rezeki tu dari Allah. Kita boleh rancang saja. Dia yang tentukan.

-petehehe-