Source: careerbuilder.com
Temuduga di Sebuah IPTS
1. Sebelum aku di panggil untuk ditemuduga untuk jawatan pensyarah di IPTA ni, aku pernah menghadiri temuduga di sebuah universiti (kolej) swasta di Negeri Sembilan (2014). Dari situ aku belajar satu perkara penting. Sebenarnya, aku terima tawaran itu melalui jobstreet. Dan aku saja ja nak pi interview untuk ambil pengalaman.
2. Semasa temuduga di kolej swasta tu, aku sorang saja calon. Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan Pensyarah Matematik. Suasana di kolej itu lain macam sikit. Kebanyakan pelajar di situ adalah pelajar antarabangsa yang berkulit hitam. Mungkin dari Afrika. Pelajar tempatan sangat boleh dikira. Ini adalah melalui observation aku masa menunggu sebelum masuk temuduga la.
Source: 123rf
4. Dengan yakinnya aku mengambil sebatang marker biru untuk mula mengajar. Basic Integration ialah topik pilihanku. Aku mulakan dengan simple examples dan sedikit explaination. Sedang seronok mengajar, aku dicelah oleh KJ tersebut dan beliau meminta aku mengajar topik yang lebih advance iaitu multiple integral. Aku mana study yang advance macam tu dan agak lama juga aku dah tinggal benda tu. Apa lagi. Tercengang juga aku. Tapi aku cuba maintain cool dan cuba recall balik apa yang aku ingat masa aku study zaman degree dulu. Dengan tengah gubra dan tak ingat, aku rasa aku dah pandai-pandai buat method sendiri kat situ. Hahaha. Perkara penting yang dapat aku belajar di sini ialah study dulu sebelum interview. Nak minta jawatan pensyarah, jangan la ajar topik SPM saja masa mock teaching.
5. Setelah lencun di kencing oleh aku, KJ tersebut minta aku berhenti mengajar, dan ucapkan terima kasih. Seperti biasa, sebelum tamatkan temuduga, aku akan cuba bertanya soalan menunjukkan minat terhadapa jawatan itu. Soalan aku ialah "What are the job scopes?" and "When can i expect your call to know if I got this job?".
6. Sampai sekarang (2019) aku tak dapat call balik pun. Tak dapat la tu kan? Hahhaha
Asalnya, entri ni aku nak cerita pasal pengalaman temuduga pensyarah di IPTA. Tapi bila muqadimah pasal pengalaman temuduga di IPTS ni panjang sangat, aku rasa aku stop sini dulu la. Next entri aku cerita pasal temuduga di IPTA pula.