Hari Isnin lepas adalah hari pertama aku jadi cikgu ganti. Untuk hari Isnin,kalau nak diikutkan jadual cikgu yang aku ganti tu,ada dua kelas matematik aku kena masuk mengajar. Tapi aku cuma sempat masuk satu kelas saja sebab kelas awal pagi aku tak sempat masuk. Untuk hari pertama,tepat jam 8 pagi aku terpacak depan makcik kerani di ofis sekolah. Aku minta izin untuk jumpa guru besar untuk lapor diri. Layanan guru besar amat baik sekali. Hilang semua gemuruh aku sebab keadaan sebenar tak seperti yang aku gambarkan sebelum aku masuk tidur malam Isnin itu. Dalam gambaran aku,guru besar tu berkepala botak dan berkumis tebal. Sebenarnya, rupa guru besar itu sangat baik. Rambut dia sikat tepi dan misai dia tebal sikit ja dari misai aku.
Kemudian aku berjumpa dengan cikgu penolong kanan untuk penerangan sebagai cikgu ganti dan seterusnya dihantar ke bilik guru. Tempat aku rasa paling lama untuk hari pertama ialah semasa di bilik guru. 1 jam bagaikan 1 hari. Tempat duduk aku dikelilingi dengan cikgu-cikgu perempuan. Aku yang tak pandai bergaul dengan makcik,hanya mendiamkan diri dan cuba untuk buat-buat sibuk dengan membelek buku-buku rujukan matematik tahun 5.Aku kena bersedia untuk mengajar kelas pertama aku pada pukul 10.45 pagi. Aku tak berapa risau kerana kelas pertama untuk aku ialah kelas nombor satu. Jadi,kelakuan murid-murid kelas nombor satu mesti macam okay.
Tanpa memperkenalkan diri,aku terus suruh murid-murid duduk di tempat masing-masing dan keluarkan buku teks matematik. Aku pinjam buku teks matematik tahun 5 penolong ketua kelas dan aku terkedu seketika. Aku guna kepakaran translate dalam otak dan cuba fahamkan tajuk operasi bercampur yang tertulis dalam bahasa Malaysia tu. Aku tak mahu dimalukan dihadapan murid-murid tahun 5,aku panggil murid untuk volunteer tulis soalan di papan hitam. Bila papan hitam sudah separuh ditulis oleh murid-murid baru aku mula menulis. Alhamdulillah,tiada komplen mengenai tulisan aku. Muka murid-murid semua nampak tenang. Aku assume mereka semua paham. 1 jam berlalu,aku keluar dari kelas dan balik ke bilik guru.
Sekali lagi.tunggu dan buat-buat busy sampai pukul 1.30 ptg, chow.